Baik per >> ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri. Terima kasih. >> Saya jemput Datuk Siti Zailah binti Mohamad Yusof, Rantau Panjang.
>> Ya. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya mengukakan soalan, saya bersama rakan-rakan di sini mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada ahli yang berhormat Kin Batangan. Alhamdulillah sebagai ahli baru kami di sini.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya Rantau Panjang meminta Perdana Menteri menyatakan rasional dan kriteria data penentuan usia kemasukan murid tahun 1 sama ada pada usia 6 tahun atau 7 tahun serta tahap kesiapsiagaan kerajaan bagi pelaksanaan dasar tersebut termasuk implifikasi kepada kebajikan murid. Mohon jawapan. Terima kasih.
>> Sila para menteri. >> Soalan itu yang pertama. Mengikut angka yang diperolehi dari UNESCO ya, 137 negara telah melaksanakan ya umur 6 tahun bagi kemasukan tahun 1 ya.
Maknanya lebih 71% negara di dunia yang melaksanakan. Jadi janganlah kita ketinggalan. Baik.
Apa kebimbangan kita? Kebimbangan kita ialah andai kata kita belum cukup bersedia. Ya.
Jadi sebab itu er selain daripada langkah umpamanya er sesi 2027 mulai 15 Februari hingga 31 Mac a sesi 2127 untuk murid berumur 6 tahun itu dilaksanakan. Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun boleh mendaftar untuk mengikuti prasekolah. secara pilihan mulai 6 April 2026.
Itu pun saya ingin gesaik mungkin semua anak-anak daftar. Mengapa kita kata pilihan? Kerana peringkat awal kita tidak mahu ibu bapa merasakan kejutan atau paksaan tetapi kita ada ruang dia ada setahun untuk buat persiapan untuk masuk ke darjah satu.
Baik, bagi pelaksanaan ini memastikan pelaksanaan itu baik, maka kita tambah kemudahan atau perluasan kemudahan di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru. 10,514 bilik darjah prasekolah di 6490 aa aa 649 institusi telah membuat perluasan sebanyak 150 bilik darjah pada tahun 2025 dan 350 bilik darjah prasekolah baru 2026. Jadi ada persiapan yang besar yang juga menelan belanja yang agak tinggi.
Untuk tahun ini tambahan dalam perbincangan dengan aa Kementerian Kewangan adalah sebanyak 800 juta tambahan untuk memenuhi keperluan aa 18,000 guru yang baru yang diambil dan kapasiti prasekolah kerajaan berjumlah 110,000 9 a 889 tempat Ya. Dia merangkumi a a Kemas, Jabatan Perubadan Negara, Integrasi Nasional JPNIN, dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Maknanya kita ambil kira semua sebab umur yang koh masuk daripada bidang kuasa beberapa jabatan yang lain.
Jadi sebab itulah dalam belanjawan tahun ini tambahan ini kita akan bentangkan penambahan 800 juta supaya memenuhi keperluan a segera dan a Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah pun a mengambil langkah-langkah yang perlu supaya menyegerakan er langkah-langkah tersebut. >> Baik, saya jemput Rantau Panjang. Ya, terima kasih Tan-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan yang diberi. Er saya ingin tahu apakah kajian yang terperinci telah dibuat sebelum dasar ini diisytiharkan. Walaupun kita tahu banyak negara yang telah melaksanakan tetapi sejauh mana kesediaan sistem pendidikan dalam negara kita.
Sebab kita tidak mahu anak-anak sekolah kita menjadi tikus makmal untuk eksperimen dasar dan sejauh mana kebimbangan daripada a masyarakat termasuk siap sagaan kurikulum, latihan guru, kecukupan guru termasuk inf struktur sekolah. Er dan saya ingin tahu juga kenapa jawapan menteri yang agak berbeza sebelum ini. Bagaimana kali pertama mengatakan terserah kepada ibu bapa.
A yang kedua mengatakan kena ujian diagnostik dan yang ketiga aa kena lihat bagaimana program ini akan dilaksanakan secara berfasa-fasa a iaitu tertakluk kepada bilangan guru dan bilik darjah. Er bukan kita menolak dasar ini tetapi pelaksanaannya supaya tidak memberi kebimbangan terutama kesediaan guru-guru dan kepada ibu bapa. Saya ingin juga tahu berkaitan dengan sistem peperiksaan tahun empat apa justifikasinya.
Begitu juga peperiksaan tingkatan tiga. Adakah kesediaan dari sudut apa lembaga peperiksaan dan bagaimana pelaksanaan adakah pelaksanaan ini mengganti menggantikan PT3 dan begitu juga kurikulum sekolah? Jadi a dasar yang baik ini seharusnya dilaksanakan dengan tersusun supaya tidak memberi kesan kepada pelajar sehingga membawa kepada keciciran dan inilah yang sangat dibimbangi oleh bapa sebab kita tak mahu anak-anak kita menjadi tikus makmal eksperimen dasar baru kerajaan.
Minta penjelasan. Baik sila menteri. >> Dat panjang.
Saya ingat tujuan kita adalah untuk memastikan anak-anak kita punyai ruang pembelajaran sebaik mungkin. A tak payahlah jauh sangat. Tikus makmal ini dia very elaborate proses ya.
Dia ada ujian dan sebagainya. Ini tidak. kita semua pelajar ya yang cukup umur 6 tahun masuk sekolah ya dan isu dia adakah kemudahan disediakan?
Kemudahan disediakan ada guru? Guru disediakan ya nak kata sempurna semua mungkin tidak. Jadi saya tidak fikir kita jauh sangat kita negara kita ini kakak panjang tak boleh ketinggalan itu pokoknya ya negara semua dah buat ya dan ada persiapan daripada kementerian memang benar saya tak nafikan kalau ikut kementerian pada peringkat awal dia kata boleh tak kita tangguh setahun lagi saya fikir agak berbeda.
Saya kata kalau kita tangguh setahun lagi, anak-anak kita tu rugi setahun. Ya. Dan anak-anak kita tidak, generasi sekarang tak seperti dulu.
Umumnya jauh lebih dewasa, lebih pintar, lebih peka dan bagi ruang. Jangan kita fikir guna a apa ni tahap pemikiran kita yang lama. Memang kita rasa tak boleh.
Tapi anak-anak kita jauh lebih pintar. Tetapi yang penting beri pendedahan kepada mereka. Jadi yang yang di dibimbangi oleh Yang Berhormat ialah apakah ada persediaan?
Saya jawab dana kita sediakan ya 800 juta mungkin mencecah RM1 bilion kita terpaksa cari kerana ini menjamin masa depan anak-anak kita. Apakah harus kita tangguh? Saya tidak setuju kita tangguh.
Yang kedua, apakah guru-guru disediakan? Guru-guru ada. Dan dan tadi saya baca angka keperluan guru-guru yang mula diambil sekarang untuk memenuhi keperluan guru-guru di sekolah terutama di tahap itu.
Apakah ia akan memenuhi keperluan sekolah yang sesak? Sekolah sekarang pun ada yang sesak terutama sekolah bandar. Jadi saya tak dapatlah jamin semua kelas satu sesi ya tetapi harus kita tangani sekarang kerana saya anggap kalau melengahkan dia akan merugikan negara.
Apakah kita harus wajibkan? Kerana ada kebebagan setengah ibu bapa kita kata tidak wajibkan. Tapi kalau tanya saya nasihat sebagai seorang guru saya kata sebaiknya ibu bapa cuba memenuhi keperluan itu tetapi peringkat awal ini kita masih belum wajibkan.
Jadi saya tidak anggap ini satu keputusan yang akan merugikan malah satu keputusan yang wajar diberi pertimbangan dan disokong oleh semua pihak. Kita sekali lagi saya tekankan Tan Sri Yang di-Pertua, [muzik] negara tidak boleh ketinggalan. Kalau ada berapa kelemahan yang harus kita lakukan, kita lakukan sekarang.
Sebab itu kita mulakan bulan ini dan jangka dua bulan selepas hari raya umpamanya untuk di kemasukan itu ditingkatkan dan kita masih bagi ruang sebulan, dua bulan bagi anak-anak memikir, mendaftar supaya tidak terlalu membebankan terutama mereka anak-anak kecil. Kita tahu itu anak-anak kecil. Jadi kita bagi ruang ibu bapa ada masa untuk menghantar anak-anak.
Cuma yang saya nak rumuskan waakhirul kalam ini ialah bahawa negara kalau mahu maju harus memikir langkah-langkah proaktif dan lebih berani. Dan kalau kita rasa ada beberapa masalah kita cuba selesaikan dalam masa singkat. Sebab tu saya lihat Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan telah bergegas untuk melihat semua aspek ini.
Aspek dana, aspek persiapan kurikulum, aspek er sikap ibu bapa itu diteliti sekarang supaya kita dapat laksanakan dengan sebaik mungkin insya-Allah. >> Baik, saya jemput Ipoh Timur. >> Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. er kita sering dengar er yang memang dibangkitkan sekolah kurang murid tapi kita juga mesti tahu bahawasanya er kita juga ada senarai sekolah padat. Sekolah padat yang mungkin dengan bilik darjahnya murid mencecah 4040 lebih a murid.
Dan kita tahu di khususnya di di Lembah Klang di Selangor kita ada SK Kebun Baru, SK Sijangkang, ada SK Kebun Barulah yang semua rata-rata memang sangat-sangat padat bilik darjahnya. Maka saya rasa bangkit satu soalan. Saya nak bangkitkan satu soalan yang timbul dari segi kesiagaan dan kesiapsiagaan dari segi a bilik darjah bilangannya atau malah bangunan untuk a mengisi a bangunan yang diperlukan untuk mengisi a tambahan penambahan murid yang bakal a memasuki sekolah aa dengan murid-murid aa apa ni yang berumur 6 tahun ini?
Adakah aa bukan saja dari segi dana tetapi tempat dan juga sistem dan dasar perolehan untuk membina bilik darjah baru ini. Adakah kesiagaan itu telah aa telah dibincangkan, telah diputuskan untuk mempercepatkan proses ini khusus kepada semua jenis al-alir aa aliran-aliran sekolah yang menghadapi kepadatan ini. Aa apabila kita nak fikir tentang dalam setahun ni kita nak ada bilik-bilik jajah yang baru untuk diisi ni.
Apakah pandangan dasar dan mungkin intervensi kejuruteraan untuk mempercepatkan proses ini? Terima kasih. >> Baik, terima kasih.
Silakan Menteri. >> Terima kasih. IU Timur.
A memang ada sekolah yang agak sesak sekarang. Ada banyak sekolah-sekolah desa a pedalaman yang kurang murid. Itu memang kenyataannya bagi sekolah-sekolah yang dianggap sesak.
pemikiran Kementerian Pendidikan sekarang di beberapa sekolah terutama untuk peringkat anak-anak kecil darjah satu yang baru ataupun prasekolah itu boleh dibuat dua sesi buat sementara dan saya fikir secara idealnya kita boleh fikir satu sesi tapi yang penting ialah pendidikan bermutu. Jadi saya setuju kita ambil langkah-langkah segera. Kalau saya dapat umpamanya taklimat dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan memang dana yang disediakan pun tinggi.
Yang bagi kita yang diutamakan ialah a guru. A itu memang boleh a diselesaikan. Yang keduanya bilik darjah untuk menghadapi kekangan sekolah-sekolah bandar yang sesak itu dia di dicadangkan di beberapa sekolah dua sesi.
Tetapi kalau ada keperluan untuk ditambah peruntukan memang disediakan peruntukan yang agak tinggi juga tahun ini untuk menambah kemudahan kelas-kelas baru dan tambahan. >> Baik saya jemput Muar. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Mengawalkan pendidikan darjah satu selaras dengan piawaian antarabangsa adalah dasar yang baik secara prinsipnya. Masalah timbul selepas 24 jam ada pengumuman tambahan di mana walaupun ibu bapa memilih untuk menghantar anak mereka ke darjah satu pada umur 6 tahun, anak-anak mereka sebelum memasuki sekolah perlu lulus ujian kelayakan untuk masuk ke darjah satu ini. Saya dengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa hari yang lepas.
Yang amat Berhormat Perdana Menteri kongsikan sebelum ni ada kelas pemulihan itu contoh yang sangat baik. Tetapi perbezaannya sangat besar kerana kalau anak-anak ini tidak melepasi ujian tersebut, dia terkeluar daripada sistem persekolahan selama setahun. 12 months of learning loss.
Kalau kelas pemulihan, kita berada dalam sistem persekolahan, boleh ada intervensi supaya cikgu-cikgu boleh tolong. Kalau kita ingin ikut dasar UNESCO yang tadi telah kita quote, lebih 130 negara bersetuju dan dasar UNESCO ini. Tetapi pada kajian yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, UNESCO katakan jangan ada ujian saringan kelayakan yang membahagikan anak-anak yang kurang bijak pada umur yang awal dan kanak-kanak yang lebih awal belajar at a very young age.
So cadangan MUA mudah. Dasar ini dasar yang baik. Enam tahun patut dibuat.
Cuma tolong perhalusi keperluan tu ada ujian diagnostik ataupun ujian kelayakan. Itu saja. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Silakan Menteri semua. Jangan bimbang dengan istilah yang er apa orang kata merunsingkan ini ujian diagnostik. A rasionalnya itu baik sema iaitu kita nak sekurang-kurangnya ada sedikit sistem penilaian apakah anak-anak itu betul.
er punyai kelayakan atau mampu kita tangguhkan untuk setahun lagi. Tapi saya setujuah dengan kesaan Muar. Oleh kerana kita setelah teliti semula, Menteri Pendidikan mencadangkan supaya ditiadakan ujian diagnostik itu.
Ya. Tapi saya nak tekankan di sini ya, cadangan awal itu baik sebab ada satu sistem penilaian sebelum anak tu masuk ke sekolah tetapi difikirkan nanti dia jadi diskriminatif. Maknanya ada anak ini kurang-kurangnya masuk darjah nak masuk darjah satu dan masuk prasekolah.
Oh dia tak layak. dia kurang cerdik sebagainya. Jadi mungkin ada kesan psikologi.
Jadi oleh itu ditiadakan. Ya itu jelas. Nah itu atas cadangan menteri.
Saya setuju supaya ditiadakan. Jadi dipermudahkan walaupun badan kita harus pantau tanggungjawab guru dan ibu bapa untuk pantau ke anak a kelayakan anak-anak itu. Dan saya fikir oleh kerana dimulakan dengan prasekolah itu ada kebijaksanaannya kerana ia beri ruang kepada kita untuk satu tahun nilai.
Begitu juga tentang ujian. Ujian bila darjah empat di sekitar empat sebut ujianlah tapi maksudnya itu ada sistem penilaian kecil di situ. Itu membolehkan kita bersedia ada dua tahun untuk perbaiki sebelum masuk tingkatan satu.
Ya. Tapi biasalah dalam apa juga cadangan dia memang mengundang sedikit kontroversi. Kalau ambil periksa tahun darjah tiga pun salah, darjah empat pun salah, darjah enam pun salah.
Tak buat langsung pun salah. Jadi kita putuskan buat peringkat darjah enam sedikit sistem yang ya >> darjah >> darjah empat sorry darjah empat dan a kerana saya ambil dulu darjah enam darjah empat kemudian kita lihat keberkesanannya ya dan a dan pendidikan ni harus dinamik saya setuju a speaker iaitu harus ada penilaian yang berterusan Tapi peringkat awal inilah cadangan dan saya fikir masyarakat ibu bapa beri ruang kita cuba dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
>> Pernah ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri. Terima kasih >> S garing. Silakan.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Oleh kerana isu ni isu yang besar berkaitan dengan masa depan anak-anak sebagai bekas guru 30 tahun yang terlibat, pertama sekali saya gading menyokong dengan penuh harapan kerana kita dapat membantu pertama sekali keluarga muda yang mempunyai anak-anak yang bekerja ya ibu bapa yang bekerja pendapatannya rendah nak hantar ke tadika dia tak mampu. Kadang-kadang menyebabkan anak-anak pada usia 6 tahun tu tak masuk lagi tadika.
Jadi dengan adanya sekolah ini dia memberikan peluang kepada ibu bapa yang pendatan rendah tapi boleh hantar anaknya ke sekolah tanpa melalui tadika. Itu yang pertama. Yang kedua a dari segi dari segi kemudahan dan sebagainya sepertimana yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Tambun.
Kita sebagai wakil rakyat memang mengharapkan ya kemudahan-kemudahan ini, keselamatan anak-anak dan juga apa ni keperluan guru itu sangat diperlukan. Sebagai contohnya jawapan daripada Yang Amat Berhormat tadi apabila kalau katakan kelas tu penuh memang baik cuba buat sebelah petang tetapi janganlah anak-anak yang muda ini yang kecil-kecil ini dibuat sebelah petang dan kami mengharapkan bahawa langkah yang dinyatakan tentang apa ni sebagai apa tikus tikus apa tadi tikus putih sebagai tikus tikus makmal ni saya rasa jangan keluarkanlah lah istilah-istilah sedemikian rupa kerana kerajaan ada tanggungjawab untuk membantu rakyat, untuk membantu warganegara kita yang memerlukan pendidikan awal kepada anak-anak mereka yang tak mampu ke tadika. Jadi apakah pandangan a Yang Berhormat tentang aa cadangan iaitu supaya membantu keluarga muda ni dapat tempat menghantar anak-anak dia ke sekolah?
>> Baik, terima kasih. Silakan menteri. Terperincinya tentunya er Kementerian Pendidikan akan uruskan.
Cuma er kita harus juga tahu ya bahawa dengan keputusan ini perbelanjaan kerajaan meningkat lebih besar. Maknanya anak-anak dari darjah lima dari umur 5 tahun en tahun sudah diberikan pendidikan percuma. Jadi dan ini akan berterusan sehingga dia di tingkatan lima, tingkatan enam atau dalam sistem pendidikan kita.
Jadi oleh oleh itu saya mohon kerjasama semua rakan-rakan berikan ya dukungan untuk perkemas dan perbaiki sistem ini. Yang dicadangkan itu adalah bagaimana kita mampu perbaiki dan tentukan er sesi dan sebagainya. Itu saya serah kepada kebijaksanaan Kementerian Pendidikan untuk menentukan.
Cuma saya harus akui untuk beberapa sekolah bandar mungkin tidak dapat diadakan satu sesi. Itu sebabnya aa dan ideally dalam sistem pendidikan kita perlu satu sesi tapi secara praktiknya kerana kos itu melambung aa maka aa ada keperluan beberapa sekolah bandar yang sesak aa adakan dua sesi tapi dua sesi kalau untuk anak-anak prasekolah untuk darjah satu saya fikir munasabahlah untuk kita beri pertimbangan. Terima kasih.
>> Baik terima kasih Yang Berhormat. Sekarang takah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan menteri.